31 Kumpulan, 543 peserta dalam dan luar negara berentap pada Pesta Gendang Nusantara 2024

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 2 Januari – Sebanyak 31 kumpulan terdiri daripada 542 peserta dalam dan luar negara menyertai Pesta Gendang Nusantara 2024 yang berlangsung di Dataran Bandaraya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) pada 2 hingga 6 Januari ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata pesta tersebut turut mendapat penyertaan dari Poland, Sri Lanka, Korea, Thailand dan Indonesia.

Katanya, pesta tersebut dibahagikan kepada empat bahagian di mana terdapat Bahagian Antarabangsa, Malaysia, Nusantara dan Pergendangan yang akan membuat persembahan.

“Empat kumpulan akan berentap dalam Bahagian Antarabangsa melibatkan 65 peserta; 11 kumpulan melibatkan 206 peserta dalam Bahagian Malaysia; lapan kumpulan (129 peserta) bagi Bahagian Nusantara dan lapan kumpulan (74 peserta) bagi Bahagian Pergendangan.

“Seterusnya menyaksikan seramai 524 peserta yang akan terlibat dalam membuat persembahan pada Pesta Gendang Nusantara 2024,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Shadan berkata kemuncaknya ada Persembahan Perdana Pesta Gendang Nusantara 2024 yang akan berlangsung di Dataran Bandaraya, jam 8 malam pada 6 Januari ini.

Katanya, persembahan perdana itu akan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Abdul Rahman.

“Perasmian akan disempurnakan oleh Tun Seri Setia Mohd Ali dan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri, Datin Seri Utama Zuriyah Abdul Aziz akan sama-sama sertai menyaksikan persembahan perdana Pesta Gendang Nusantara 2024.

“Pada malam kemuncak itu nanti persembahan akan dibahagikan kepada dua segmen iaitu di mana segmen Gabungan Pesta Gendang dan segmen kedua Gabungan artis dan Pesta Gendangan Nusantara.

“Turut memeriahkan majlis adalah pertunjukan bunga api pada malam kemuncak. Orang ramai boleh datang menyaksikan secara langsung Pesta Gendang Nusantara 2024 yang pastinya akan memukau pengunjung bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5574
Kongsi :
Previous post Rezeki tak salah alamat, pekerja pembersihan hotel menang X70
Next post Jejantas Melaka Sentral bakal berwajah baharu
Ubah saiz-+=