
33 Adun Belia akan bersidang, bawa suara rakyat
AYER KEROH 23 Julai – Seramai 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Belia akan bersidang buat julung kalinya dengan membawa suara rakyat pada tahun ini.
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, VP Shanmugam berkata persidangan DUN Belia itu dijangka akan dilaksanakan selepas mendapat kebenaran pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
Katanya, mengikut perancangan pelaksanaan sidang DUN Belia itu akan diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
“Persidangan DUN Belia itu telah mengikut perancangan di mana kesemua borang pencalonan telah diserahkan pada Disember tahun lalu.
“Kita ada 28 DUN yang mana setiap DUN akan diwakili seorang wakil, manakala tambahan lima wakil pula adalah lantikan Ketua Menteri.
“Persidangan ini berbentuk perbahasan di mana segala cadangan dan buah fikiran akan digunapakai untuk membantu ADUN sedia ada seiring untuk membawa suara rakyat dalam membawa kemajuan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam segmen Podcast ‘Mana Lagi, Melaka Ler’ yang dihoskan Faris Haikal Zakaria di Studio Melaka TV, di sini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM TAMBAH BAIK BANTUAN UNTUK MUALAF MELAKA
KESIDANG 9 Februari – Kerajaan Negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) terus menambah baik bantuan untuk mualaf bagi memastikan...
MELAKA TERBUKTI MESRA, SAYANG RAKYAT
REMBIA 9 Februari - Inisiatif pemberian sumbangan setiap kali tiba musim perayaan membuktikan Kerajaan Melaka amat sayang dan cakna terhadap...
MPHTJ KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 9 Februari – Sambutan Tahun Baharu Cina bukan bukan sekadar perayaan, sebalik apa yang tersirat adalah ia menjadi...
TERUJA DAPAT ‘BONDING’ DENGAN GAJAH ZOO MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Pengalaman mendekati gajah dari dekat menjadi detik bermakna buat peserta Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)...
PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri beri jaminan bahawa bekalan air di seluruh negeri ini berada di tahap selamat...
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
