
MAYAT BAYI LELAKI DITEMUKAN DI KAWASAN PENCAWANG
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Shamrol Shah Ramli berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada 6.30 petang sebelum sepasukan anggota polis ke lokasi.
Beliau berkata hasil pemeriksaan mendapati tubuh bayi tersebut mula mengalami proses pereputan dan dipercayai telah meninggal dunia kira-kira dua hari lepas.
“Pemeriksaan fizikal terhadap mangsa tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan luaran dan identiti bayi tersebut masih belum dikenal pasti. Punca kematian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Shamrol Shah berkata siasatan lanjut akan dijalankan termasuk mendapatkan rekod rawatan berkaitan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau Pegawai Penyiasat Insp Supiah Ishak di talian 019-9933978 bagi membantu siasatan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERMATA TERSEMBUNYI KUALA LINGGI DIGILAP JADI PRODUK PELANCONGAN BAHARU
KUALA LINGGI 18 Ogos - Lebih banyak lokasi menarik sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi akan dibangunkan dan ditransformasikan...
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
