ISU BANJIR SERKAM: TOK MAN TURUN PADANG, TINJAU KEADAAN

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERKAM 17 November – Masalah banjir berulang di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pondok Polis Serkam mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam Datuk Azman Abdullah, susulan aduan penduduk yang mahukan penyelesaian segera.

Azman berkata, susulan itu beliau turun padang untuk meninjau sendiri punca menyebabkan banjir di lokasi berkenaan dan penyelesaian yang sesuai untuk menoktahkannya.

Katanya, aduan itu diterima petang Isnin (semalam) sebelum mengambil tindakan susulan dengan mengadakan lawatan ke lokasi bersama pihak Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd dilakukan hari ini.

Menurutnya, pihak berkenaan turut menjalankan kerja-kerja pembersihan di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pondok Polis Serkam bagi menangani masalah yang dibangkitkan penduduk.

“Alhamdulillah, saya terus turun ke padang untuk melihat sendiri keadaan di lokasi bersama pihak Selia Selenggara Selatan dan mereka telah menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasminya.

Katanya, hasil tinjauan mendapati keadaan sistem perparitan tidak diselenggara dengan baik antara perkara yang perlu diberi perhatian berikutan masalah air bertakung dan banjir kecil dilaporkan kerap berlaku di kawasan itu.

“Satu penyelesaian lebih menyeluruh perlu dikenal pasti bagi memastikan masalah sama tidak terus berulang, selain setiap aduan penduduk akan diberi perhatian sewajarnya.

“Insya-Allah, setiap aduan daripada penduduk akan saya teliti dan diberikan perhatian sebaiknya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

116
Kongsi :
Previous post JEZLEE SEDIA DENGAR, TELITI SETIAP ADUAN RAKYAT