4.5 juta kenderaan dijangka berada di jalan raya hingga Ahad
KUALA LUMPUR, 5 Mei – Polis menjangkakan sebanyak 4.5 juta kenderaan berada di atas jalan raya di seluruh negara selama empat hari bermula hari ini susulan orang ramai pulang ke kediaman masing-masing selepas sambutan Aidilfitri.
Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Supt Dr Bakri Zainal Abidin berkata bagaimanapun trend pergerakan pulang itu dijangka menyaksikan peningkatan yang ketara mulai esok.
“Sebanyak 1.2 juta daripada jumlah kenderaan tersebut dianggarkan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS),” katanya ketika dihubungi hari ini.
Pada 6 April lepas, Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim dilapor berkata sebanyak 4.7 juta kenderaan dijangka berada di atas jalan raya di seluruh negara sempena Aidilfitri dan pihaknya mengatur gerak seramai 6,559 pegawai dan anggota trafik di peringkat kontinjen dan daerah bagi memastikan kelancaran serta keselamatan trafik.
Sementara itu, Bakri berkata susulan jangkaan itu, JSPT telah membuat persiapan menerusi Op Lancar atau penyuraian aliran trafik bagi tujuan melancarkan pergerakan kenderaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PAYA RUMPUT PERLUKAN SEKOLAH BAHARU
PAYA RUMPUT 17 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput memerlukan sebuah sekolah baharu bagi mengatasi kepadatan murid...
KAMPUNG DIGITAL LERAIKAN DILEMA PENDUDUK KAMPUNG GUAN
KUALA LINGGI 17 Januari - Pelaksanaan inisiatif Kampung Digital yang menyediakan alamat baharu dilengkapi kod QR disambut baik oleh penduduk...
JATUH CINTA DENGAN ‘KUEH BAKAR’ KUALA SUNGAI BARU
KUALA LINGGI 17 Januari - Sebut sahaja kuih bakar pastinya ramai mengenali kuih tradisional ini, apatah lagi ia amat sinonim...
PERANTI TABLET ‘PENYELAMAT’, BERI BANYAK MANFAAT KEPADA PELAJAR
AYER KEROH 16 Januari - Pemberian peranti berupa tablet kepada pelajar dalam kelompok keluarga B40 menerusi Program Anak Kita memberi...
BAZAR AIDILFITRI BANDA HILIR LAIN DARI YANG LAIN
BANDA HILIR 16 Januari - Bazar Mega Aidilfitri Banda Hilir 2025 di Banda Hilir mendapat sambutan hebat daripada peniaga apabila...
W.R.U.R: KAMPUNG GUAN KINI DILENGKAPI KOD QR
KUALA LINGGI 16 Januari - Kampung Guan menjadi kampung pertama dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi ditransformasi menjadi Kampung...