45 peserta khatam al-Quran di Makkah dan Madinah

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

KRUBONG 11 September – Persatuan Pengajian dan Kuliah Asas Membaca Al-Quran Negeri Melaka (Perkama) akan membawa seramai 45 peserta menunaikan ibadah umrah dan khatam al-Quran perdana di dua Tanah Suci Haramain, 8 Oktober ini.

Pengerusinya Johari Hussin berkata, peserta berkenaan perlu menduduki peperiksaan pada 18 September ini bagi memastikan mereka benar-benar bersedia sebelum ke tanah suci.

“Hari ini kita buat khatam al-Quran Perdana melibatkan 78 peserta yang menduduki peperiksaan, daripada jumlah ini hanya 45 akan menunaikan umrah dan khatam al-Quran di dua tanah suci iaitu di Makkah dan Madinah.

“Ini adalah khatam al-Quran kali ketiga yang akan dilaksanakan di dua tanah suci berkenaan, peserta yang paling muda berusia 16 tahun dan paling tua 70 tahun.

“Saya percaya setelah melakukan ulang kaji selama 10 minggu, segala urusan peserta akan dipermudahkan untuk menjadi tetamu Allah,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di Masjid Cina Krubong di sini, hari ini.

WhatsApp Image 2022-09-11 at 3.15.46 PM
PESERTA semasa menyertai khatam al-Quran Perdana di Masjid Cina Krubong, hari ini.

Johari berkata, aktiviti itu bertujuan melahirkan generasi al-Quran yang mampu menjadi bayangan syurga Allah.

“Kita mahu lahirkan generasi kembali kepada dua sunnah yang dijanjikan Rasulullah, iaitu berjaya di dunia dan akhirat berpandukan kepada al-Quran dan As-Sunnah.

“Tahun lalu peserta menduduki peperiksaan hanya 58 orang, namun kali ini lebih ramai iaitu 78 peserta,” katanya.

Setakat ini Perkama mempunyai seramai 2,000 ahli sejak ianya mula didaftarkan pada tahun 2001.

Mengulas lanjut, Johari berkata pihaknya juga akan membina sebuah Kompleks al- Quran Darul Jannah di Bukit Rambai.

“Insya-Allah jika diizinkan, kita akan ada bangunan sendiri dengan jangkaan siap pada tahun 2024,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1611
Kongsi :
Previous post Bapa Soh Chin Ann meninggal dunia
Next post Helikopter, juruterbang terputus hubungan dengan KLATCC
Ubah saiz-+=