
Kanak-kanak lelaki mati lemas dalam kolam renang buatan sendiri
IPOH 7 Nov – Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia awal pagi ini, selepas dipercayai lemas dalam sebuah kolam renang berhampiran rumahnya di Kampung Balun, Slim River di Tanjung Malim semalam.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata bapa mangsa menyedari anak lelakinya yang berumur setahun sembilan bulan tiada di dalam rumah dan menemukan anaknya lemas di dalam kolam buatan sendiri berhampiran rumahnya pada kira-kira 4.30 petang, semalam.
“Bapanya telah membawa mangsa ke Hospital Slim River dan semasa itu mangsa didapati masih hidup dan diberi rawatan awal.
“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang tidak stabil. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada 12.04 tengah malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sulizmie Affendy berkata proses bedah siasat mangsa akan dijalankan hari ini untuk mengetahui sebab sebenar kematian kanak-kanak tersebut.
Katanya polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan secara menyeluruh sedang dijalankan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
PPSPM CEMERLANG SEBAGAI AGENSI PELANCONGAN MELAKA BERDAYA SAING
BANDARAYA MELAKA 14 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) membuktikan keupayaan sebagai antara agensi paling berdaya saing...
KONVENSYEN PENDIDIKAN MELAKA BERI PELUANG PELAJAR BERSUARA
AYER KEROH 14 Disember - Pelajar tingkatan enam memuji penganjuran Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka yang disifatkan sebagai platform ilmiah...
RXZ MEMBERS BAWA LIMPAHAN EKONOMI KETARA UNTUK PELANCONGAN MELAKA
AYER KEROH 14 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 2025 memberi limpahan ekonomi ketara kepada negeri sepanjang...
