Premis penjaja berpusat dan tersusun akan dibangunkan di Taboh Naning

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

TABOH NANING 13 Nov. – Sebuah premis perniagaan penjaja berpusat akan dibangunkan di kawasan Taboh Naning sekali gus akan memperkasa pembangunan usahawan kecil dalam kawasan terbabit.

Calon Barisan Nasional (BN), Zulkiflee Md Zin berkata, memandangkan kawasan itu terletak berdekatan pintu masuk pertama di negeri ini pelbagai kemudahan dan pembangunan dalam sektor keusahawanan akan dibangunkan akan membawa manfaat penduduk di kawasan itu.

Jelasnya, bagi membentuk sebuah lokasi penjajaan yang lebih berpusat dan sistematik beberapa kawasan termasuk tanah rezab di Taboh Naning akan dibangunkan dengan premis perniagaan penjaja yang mampu menarik lebih banyak tarikan pelancong yang datang ke negeri ini.

“Sektor pembangunan bangunan itu harus dibuat secara tersusun supaya lebih menarik minat pengunjung untuk datang ke Negeri Melaka ini.

“Insyaallah saya pun ada dua tiga tempat yang saya dah melihat bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) ataupun di pihak Kementerian-kementerian lain boleh memajukan tanah-tanah rezab Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ada keluasan untuk dibangunkan.

“Maksudnya untukk dibangunkan gerai-gerai supaya orang Taboh Naning boleh berniaga dengann tersusun dan kalau boleh saya tak nak ada lagi khemah-khemah di Taboh Naning ni. Biar ia setempat dan tersusun,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, bagi memperkasakan sektor keusahawanan terbabit pihaknya akan pastikan kawasan itu akan menjadi kawasan tumpuan pelancongan sebagai lokasi pelancongan pemakanan di kawasan Alor Gajah.

Jelasnya, penubuhan sebuah koperasi yang mengetengahkan produk pelancongan makanan akan memebri tempias kepada penduduk kampung di kawasan itu.

“Saya melihat hari ini bahawa memang kita ada makanan-makanan tradisional, jadi itu saya akan cuba sediakan sedikit ruang walaupun ramai yang buat secara individu tapi kita boleh mencadangkan supaya ditubuhakn koperasi supaya makanan-makanan ataupun produk-produk yang kita nak promote ini akan mendapat perhatian pelancong-pelancong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1157
Kongsi :
Previous post Tolak parti ekstrimis dalam PRN Melaka- Guan Eng
Next post Taboh Naning: Memperkasa kawasan pelancongan adat perpatih
Ubah saiz-+=