
5 PREMIS JUDI DI JASIN DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK
JASIN 8 November – Bekalan elektrik ke lima premis disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian sekitar daerah ini dipotong dalam operasi bersepadu, semalam.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superitendan Ahmad Jamil Radzi berkata, tindakan memotong bekalan elektrik itu dilakukan Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi mengekang aktiviti perjudian dalam talian daripada terus berleluasa.
“Operasi dijalankan hasil daripada risikan yang kami lakukan sebelum ini, bekalan elektrik ke lima premis disyaki berlaku aktiviti perjudian dalam talian dipotong.
“Empat premis di Merlimau dikenakan tindakan itu kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian, sementara itu sebuah lagi di Tehel kerana disyaki menawarkan loteri tanpa lesen,” katanya.
Menurut Ahmad Jamil, semakan dilakukan mendapati ada antara premis terbabit pernah diambil tindakan sama sebelum ini.
Katanya, tindakan pemotongan bekalan elektrik dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi mengekang dan membanteras aktiviti perjudian.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 3,000 MERIAHKAN ‘KENDURIAN’ PARLIMEN MASJID TANAH
TANJUNG BIDARA 6 Julai - Kenduri durian atau 'kendurian' berlangsung di lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah,...
MELAKA RANCANG LALUAN BAHARU, TINGKAT KECEKAPAN JARINGAN LOGISTIK
TABOH NANING 6 Julai - Kerajaan Negeri merancang membina jaringan jalan baharu yang menghubungkan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) ke...
WRUR SUNGAI RAMBAI: RM300,000 NAIK TARAF JETI NELAYAN DARAT
SUNGAI RAMBAI 6 Julai - Komuniti nelayan di Sungai Rambai bakal menikmati kemudahan infrastruktur lebih selesa apabila sebuah jeti nelayan...
KEBERSIHAN PASAR AWAM MELAKA MEMUASKAN
BANDA HILIR 6 Jun - Kempen Membasmi Infestasi Tikus 2026 antara usaha berterusan dilaksanakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri...
MIP JADIKAN MELAKA SEBAGAI HAB LOGISTIK STRATEGIK KORIDOR SELATAN
GADEK 6 Julai - Pembangunan Melaka Inland Port atau Pelabuhan Darat Melaka (MIP) dijangka mengubah landskap dan meletakkan Melaka sebagai...
‘DEMI TELOK MAS’ PEGANGAN BERKHIDMAT SEPENUH HATI
TELOK MAS 6 Julai – 'Demi Telok Mas' bukan sekadar slogan, sebaliknya menjadi pegangan dan prinsip yang mendasari setiap usaha...
