
500 jemaah imarahkan Qiamullail dan Solat Hajat Keamanan Palestin
BUKIT PALAH 22 Oktober – Lebih 500 jemaah mengimarahkan Program Qiamullail dan Solat Hajat Keamanan Palestin awal pagi tadi di Masjid Al Azim, di sini.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, selain itu pihaknya turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada rakyat Palestin yang disampaikan menerusi Pengurus Aman Palestin Cawangan Melaka, Amirul Syakirin Abdul Rasid.
“Semoga umat Islam di Palestin diberikan kesejahteraan dan sentiasa dilindungi Allah.
“Pada program ringkas itu juga, selain taklimat, turut kita selitkan ceramah mengenai Taufan Al-Aqsa,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.
Program itu turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BALAI ISLAM DIBINA DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Sebuah Balai Islam akan dibina di Kampung Pulau, di sini, sekali gus bakal menjadi pusat...
PMR 2025 MELAKA: JPJ MELAKA TAWAR SERVIS MOTOSIKAL PERCUMA
MERLIMAU 18 Oktober - Penunggang motosikal sekitar Melaka boleh mendapatkan khidmat menukar minyak enjin secara percuma di reruai Jabatan Pengangkutan...
MELAKA PERINTIS ‘KUBUR DIGITAL’
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Melaka bakal menjadi negeri perintis kepada kaedah sistem baharu tanah perkuburan yang dinamakan Kubur Digital....
MELAKA TUBUH MAJLIS PEMBANGUNAN INDUSTRI HALAL
AYER KEROH 18 Oktober - Melaka bakal menubuhkan Majlis Pembangunan Industri Halal Negeri Melaka (MPIH Melaka) sebagai badan penyelaras utama...
MELAKA HALAL HUB FASA 2 DIBANGUNKAN, TARIK PELABUR HALAL ANTARABANGSA
AYER KEROH 18 Oktober - Kerajaan Negeri bakal membangunkan Melaka Halal Hub Fasa 2 di kawasan tambahan seluas 19.40 hektar...
MIHF’25 PERKASA EKONOMI, ANGKAT MELAKA SEBAGAI HAB HALAL SERANTAU
AYER KEROH 18 Oktober - Penganjuran Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25) menjadi platform penting menghimpunkan gagasan dan aspirasi ke...