500 jemaah imarahkan Qiamullail dan Solat Hajat Keamanan Palestin

Masa Membaca:35 Saat

BUKIT PALAH 22 Oktober – Lebih 500 jemaah mengimarahkan Program Qiamullail dan Solat Hajat Keamanan Palestin awal pagi tadi di Masjid Al Azim, di sini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, selain itu pihaknya turut menyumbangkan sebanyak RM10,000 kepada rakyat Palestin yang disampaikan menerusi Pengurus Aman Palestin Cawangan Melaka, Amirul Syakirin Abdul Rasid.

“Semoga umat Islam di Palestin diberikan kesejahteraan dan sentiasa dilindungi Allah.

“Pada program ringkas itu juga, selain taklimat, turut kita selitkan ceramah mengenai Taufan Al-Aqsa,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

Program itu turut dihadiri Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

969
Kongsi :
Previous post Bapa, teman wanita mengaku bersalah abai kanak-kanak tujuh tahun
Next post PEDi luaskan jaringan pasaran 150 usahawan
Ubah saiz-+=