
5,594 kenderaan diarah patah balik
KUALA LUMPUR 20 Julai – Sebanyak 5,594 kenderaan yang melalui sekatan jalan raya di seluruh negara semalam diarah berpatah balik, meningkat berbanding 4,666 kenderaan kelmarin, memetik laporan portal Berita Harian, hari ini.
Senior Asisten Komisioner (SAC) Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, SAC M V Srikumar Nair, berkata mengikut rekod semalam, polis turut mengeluarkan 355 kompaun di sekatan itu kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Arahan supaya berpatah balik dan kompaun dibuat selepas pemeriksaan terhadap 456,019 kenderaan.
“Kompaun berkenaan juga termasuk kerana cuba balik kampung sempena sambutan Aidiladha hari ini,” katanya hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilaporkan berkata petugas keselamatan diarah bersiap sedia untuk menghadapi pertambahan kenderaan yang cuba merentas negeri tanpa kebenaran.
Beliau yang juga Menteri Pertahanan dilaporkan berkata, langkah itu diambil bagi berdepan kemungkinan orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Aidiladha, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA SAMBUT BAIK CADANGAN WUJUDKAN WILAYAH METROPOLIS
SERI NEGERI 5 Disember - Kerajaan Negeri menyokong dan menyambut baik cadangan mewujudkan Wilayah Metropolis atau Inisiatif Wilayah Tengah, melibatkan...
MONSUN TIMUR LAUT: 145 LOKASI INFRASTRUKTUR AWAM TERJEJAS
AYER KEROH 30 November — Sebanyak 145 lokasi infrastruktur awam terjejas dikenal pasti di seluruh negara sejak Monsun Timur Laut...
PEMBERSIHAN SAMPAH PASCABANJIR DIBUAT DALAM TEMPOH 48 JAM – SWCORP
JASIN, 29 November - Pengurusan sisa pascabanjir di negeri-negeri terjejas di bawah kendalian Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam...
RIBUT TROPIKA SENYAR: 903 PETANI TERJEJAS SELURUH NEGARA
KESIDANG 29 November - Seramai 903 petani seluruh negara terjejas akibat Ribut Tropika Senyar yang melanda negara baru-baru ini. Ketua...
JBPM SIASAT 416 ADUAN INTEGRITI SEPANJANG 2021-2025
AYER KEROH 28 November – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) merekodkan sebanyak 416 aduan berkaitan integriti bagi tempoh lima...
RIBUT TROPIKA SENYAR MELEMAH NAMUN POTENSI HUJAN LEBAT, ANGIN KENCANG KEKAL – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 28 November - Ribut Tropika Senyar telah melemah dan diturun taraf kepada sistem cuaca bertekanan rendah, namun masih...
