Sorting by

×

600 barangan bersulam manik halus dipamer

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

KOTA LAKSAMANA 19 Jun – Lebih 600 aksesori bersulamkan manik halus pelbagai jenis berusia lebih 100 tahun dipamerkan menerusi Pameran Manik yang dianjurkan oleh Persatuan Peranakan Cina Melaka di sini hari ini.

Program julung kali diadakan itu turut menyajikan pelbagai informasi menarik berkaitan seni halus sulaman manik tangan.

Hasil semua barangan pameran itu adalah koleksi peribadi setiap ahli dalam Persatuan Peranakan Cina Melaka itu sendiri.

Tinjauan Melaka Hari Ini (MHI) ke pameran tersebut mendapati terdapat tiga ruang pameran di mana ruang pertama adalah ruangan hasil seni sulaman tangan pelajar yang mengikuti kelas sulaman.

RUANG pameran sejarah berkaitan Peranakan Cina Melaka

Di ruangan kedua pula, mempamerkan sejarah dan sejarah asal usul Baba Nyonya manakala di ruangan ketiga lebih kepada pameran koleksi kasut manik berusia ratusan tahun, beg sulaman manik, tudung saji serta perhiasan adat perkahwinan kaum peranakan itu.

Kunjungan orang ramai ke pameran tersebut seakan terbuai dengan latar belakang lagu Dondang Sayang yang dimainkan sambil menjamu pandangan dengan pelbagai aksesori manik yang dipamerkan.

Pameran yang bermula pada jam 10 pagi hingga 6 petang itu bertujuan untuk memastikan warisan karya agung masyarakat Baba dan Nyonya itu dipertontonkan kepada generasi baharu pada abad ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1325
Kongsi :
Previous post Empat remaja selamat, dua dikhuatiri lemas mandi sungai di Penampang
Next post Kasih bapa tiada penghujung, Selamat Hari Bapa – PM
Ubah saiz-+=