
63 ekor gagak tumpas
KOTA LAKSAMANA 19 Mac – Sebanyak 63 ekor burung gagak yang sering menyelongkar tong sampah dan mencetus kacau ganggu kepada penduduk dan orang ramai tumpas dalam satu operasi semalam.
Ops Tembak Burung Gagak itu telah dilaksanakan Jabatan Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Operasi yang dijalankan di Taman Kota Laksamana Seksyen 3 dan Pulau Melaka itu turut disertai Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu.
Zainal berkata, pihaknya komited menjalankan operasi itu secara berkala dalam memastikan kesejahteraan dan keselesaan penduduk di kawasan pentadbiran MBMB.
“Sifat burung gagak yang gemar menyelongkar tong sampah menyebabkan pencemaran dan kacau ganggu sering menimbulkan rungutan daripada orang ramai.
“Justeru, operasi ini adalah inisiatif untuk mengurangkan jumlah populasi burung gagak dan ops gagak ini dijadualkan pemantauannya secara berterusan oleh MBMB,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
PERZIM KAJI PENDEKATAN BAHARU NAIK TARAF PAMERAN MUZIUM
BANDA HILIR 11 Oktober - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengumpulkan idea dan input baharu menerusi lawatan penanda aras ke lima...
