7 PPV masih aktif di Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 14 Okt – Sebanyak tujuh Pusat Pemberian Vaksin (PPV) direkodkan masih aktif membabitkan tiga daerah di negeri ini.

Exco Kesihatan, Datuk Rahmad Mariman berkata tiga PPV aktif di Melaka Tengah dan Jasin dan satu di daerah Alor Gajah.

Jelasnya, bagi daerah Melaka Tengah, PPV Yayasan Toh Puan Zurina dan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) dijadual akan beroperasi sehingga Sabtu ini diikuti PPV Encore di Klebang akan berakhir pada 2 November depan.

“Manakala, bagi daerah Alor Gajah, hanya PPV Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut dijadual beroperasi sehingga Sabtu ini.

“Bagi Jasin, ketiga-tiga PPV di daerah itu iaitu di Dewan Hj Ahmad Ithnin, Merlimau, Dewan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) Sri Umbai dan di Dewan Alamanda akan berakhir pada 27 Oktober ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Rahmad berkata pihaknya menerima 10 permohonan bas bergerak untuk ditempatkan di sekolah-sekolah terpilih di Melaka Tengah dan Jasin untuk Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) 2.0 bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun.

Jelasnya, empat sekolah menjalankan MOVAK 2.0 di daerah Alor Gajah dan enam di Melaka Tengah bermula semalam hingga 27 Oktober.

“Manakala bagi daerah Jasin ia akan dijalankan di PPV yang masih aktif di daerah itu,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1086
Kongsi :
Previous post PRN Melaka: MT UMNO ada sidang khas malam ini
Next post ATM pamer 106 aset sempena latihan kuasa tembakan 2021
Ubah saiz-+=