71 ‘panic button’ dipasang di Mahkota Parade

Masa Membaca:1 Minit, 46 Saat

BANDA HILIR 2 Julai – Sebanyak 71 ‘panic button’ telah dipasang di seluruh bangunan Pusat Membeli-belah Mahkota Parade sekali gus mampu menjamin keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata, pemasangan peranti itu mampu membantu menyegerakan bantuan pihak polis sekiranya berlaku sebarang jenayah berlaku di kawasan tumpuan beli-belah itu.

Menurutnya, inisiatif itu merupakan yang kedua dilaksanakan selepas Jonker Walk di mana sebanyak enam peranti sama telah dipasang awal tahun lalu.

“Dengan pemasangan ‘panic button’ ini sekiranya berlaku kejadian jenayah maka mangsa atau pelancong boleh terus menekan butang peranti di lokasi yang disediakan.

“Maklumat akan terus diterima kepada pihak sekuriti kemudian akan terus segera melaporkan kepada Polis untuk terus berada di lokasi kejadian.

“Pihak polis sentiasa mengambil inisiatif baharu khususnya dalam menentukan pelancong-pelancong sentiasa selamat apabila berada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Crime adn Safety Awareness Campaign and Panic Button dirasmikan EXCO Pembangunan Belia, VP Shanmugam di Ruang Legar Mahkota Parade, di sini hari ini.

MELAKA 02 JULAI 2022. Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), V P Shanmugam (kanan) bersama Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah (dua dari kanan) melawat pameran selepas majlis perasmian ‘Say No To Crime, Safety Awareness & Panic Button dengan memotong riben di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka. Foto: MR. AZLI

Hadir sama, Presiden Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Madelina Kuah dan Ketua Pegawai Operasi Melaka Hari Ini, Anuar Shaari.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, pihaknya bersedia bekerjasama bersama agensi terlibat dalam memperluaskan inisiatif terbabit bagi memastikan negeri ini bebas dari sebarang kegiatan jenayah.

Ujarnya, pemasangan peranti berkenaan mempunyai keperluan berikutan kadar jenayah di Melaka membabitkan kecurian, pecah masuk bangunan dan pelbagai lagi berlaku pada fasa pasca pandemik di negeri ini.

“Pihak polis merekodkan dalam kajian jenayah indeks membabitkan pasar raya di Melaka melaporkan sebanyak 114 kes berlaku dalam tempoh Januari hingga Mei 2021.

“Kes ini tetap terus berlaku biarpun terdapat sedikit penurunan pada tempoh sama tahun ini apabila sebanyak 93 kes direkodkan membabitkan jenayah dalam bangunan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1412
Kongsi :
Previous post Penduduk bimbang ancaman tebing runtuh
Next post 4 jam pujuk lelaki ‘mental’ cuba bunuh diri atas menara
Ubah saiz-+=