
72 tahanan Rohingya masih diburu – Polis
ALOR SETAR, 24 April – Polis masih mengesan baki 72 tahanan pelarian etnik Rohingya yang masih bebas selepas melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sungai Bakap dekat Bandar Baharu, Rabu lepas.
Ketua Polis Kedah CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata lapan pelarian telah ditahan semula semalam dan hari ini, manakala usaha mengesan baki pelarian yang bebas masih diteruskan.
“Setakat petang ini, baki tahanan yang masih belum ditemukan ialah 72 orang dan operasi mengesan mereka masih berjalan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dalam kejadian awal pagi Rabu lepas, 528 tahanan Rohingya bertindak melarikan diri dari depot tahanan itu.
Enam daripada mereka maut dirempuh kenderaan ketika melintas di KM 168 Lebuhraya PLUS menghala ke selatan berhampiran Jawi, Pulau Pinang.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUA BAZAR AIDILFITRI BEROPERASI SEMINGGU LEBIH AWAL
AYER KEROH 7 Februari - Dua Bazar Aidilfitri di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan beroperasi seminggu lebih...
KAPAL TANGKI BAWA 50 TAN METRIK DIESEL DITAHAN DI PERAIRAN MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan telah menahan sebuah kapal tangki...
BANTUAN RAMADAN, SYAWAL BANTU MUALAF MELAKA TERUS MELANGKAH
KESIDANG 8 Februari – Kebajikan golongan mualaf di Melaka terus diberi perhatian menerusi Bantuan Persediaan Ramadan dan Syawal bagi tahun...
MELAKA PERGIAT GOTONG-ROYONG MEGA BANTERAS DENGGI
PAYA RUMPUT 8 Februari - Program Gotong-Royong Mega akan terus dipergiatkan di seluruh Negeri Melaka bagi membanteras kes demam denggi...
REZEKI NAIK MELAKA RIVER CRUISE, PELAJAR DARI PERAK MENANG PROTON SAGA
BANDA HILIR 8 Februari - Rezeki tak salah alamat. Itu gambaran tuah menyebelahi pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)...
ZOO MELAKA HIDUPKAN ‘VIBE’ UNIK BILA LARUT MALAM
AYER KEROH 8 Februari - Suasana malam memberi pengalaman berbeza buat pengunjung yang hadir ke Zoo Melaka sempena Program Melaka...
