
7,793 premis biak Aedes dikompaun
AYER KEROH 9 Oktober – Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengeluarkan kompaun sebanyak RM274,500 kepada 7,793 pemilik premis yang didapati positif membiak nyamuk Aedes di negeri ini.
Pengarah Kesihatan Negeri Melaka Datuk Dr. Rusdi Abd Rahman berkata, kompaun itu dikeluarkan setakat minggu Epid ke-39 pada tahun ini.
Katanya, sepanjang tahun ini, pihaknya telah memeriksa sebanyak 67,344 premis di seluruh Negeri Melaka.
“Melaka setakat minggu Epid ke-39 tahun ini merekodkan sebanyak 869 kes atau 96.4 peratus iaitu meningkat hampir sekali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.
“Daerah Melaka Tengah mencatatkan kes tertinggi sebanyak 640 kes, Alor Gajah sebanyak 99 kes dan Jasin sebanyak 85 kes,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Nyamuk Aedes Dewasa Berwolbachia di Pangsapuri Taman Tasik Utama, di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Dr.Rusdi berkata meskipun terdapat peningkatan kes demam denggi tahun ini, namun tiada kes kematian direkodkan setakat ini.
“Meskipun tiada kematian yang direkodkan, kita berharap orang ramai untuk terus peka dengan persekitaran kawasan rumah serta sentiasa menjaga kebersihan sekeliling rumah,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SKUTER ELEKTRIK UNTUK PARAMEDIK APM MELAKA
KOTA LAKSAMANA 18 Julai - Sebagai sokongan terhadap keperluan perubatan kecemasan negeri ini, syarikat perkhidmatan ujian klinikal bertaraf global dari...
MAIM SUMBANG RM25,000 BANTU ADIK AIMI BERTARUNG KANSER
BANDARAYA MELAKA 18 Julai - Nasib Nor Aimi Zuhairah Muhammad Hafidz, 14 yang berjuang melawan kanser darah (leukemia) mendapat perhatian...
MELAKA TERUS JADI PILIHAN SYARIKAT GLOBAL, BUKA 500 PELUANG PEKERJAAN BERKUALITI TINGGI
KOTA LAKSAMANA 18 Julai - Melaka terus diiktiraf sebagai destinasi pelaburan pilihan apabila menjadi destinasi pertama pilihan sebuah syarikat perkhidmatan...
SUAMI ISTERI LARI DARI POLIS DICEKUP, MILIKI PELBAGAI REKOD JENAYAH
KESIDANG 18 Julai - Aksi nekad pasangan suami isteri yang menaiki sebuah kereta Proton Wira melarikan diri daripada polis membawa...
SESI DIALOG BANTU PENDUDUK TERLIBAT PROJEK NAIK TARAF JALAN TUN HAMZAH-SEMABOK
DUYONG 18 Julai - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong telah merangka satu sesi dialog...
CINTA WARISAN BERMULA DI BANGKU SEKOLAH
DUYONG 18 Julai - Menyedari pentingnya menyemai rasa cinta terhadap sejarah sejak di bangku sekolah, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan...