
94,000 pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini
Ia melibatkan pelajar di Pulau Pinang, Perak dan Sabah yang berada dalam Fasa Dua; Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor, Melaka, Perlis, Pahang dan Sarawak (Fasa Tiga); Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Labuan (Fasa Empat).
Pembukaan sekolah hari ini membabitkan pelajar Tingkatan Enam Semester Dua, kelas peperiksaan antarabangsa, murid berkeperluan khas (MBK) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang hadir tanpa penggiliran mengikut ketetapan Fasa Dua.
Bagi Negeri Sembilan dan Labuan, ia melibatkan murid prasekolah, MBK dan PPKI, pelajar kelas peperiksaan awam di sekolah asrama, sekolah harian dan swasta serta kelas peperiksaan antarabangsa, mengikut ketetapan Fasa Tiga.
Semalam, sesi persekolahan secara bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi selepas kira-kira enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan COVID-19.
Johor dan Kedah hanya akan memulakan sesi persekolahan bersemuka secara berperingkat bermula 10 Okt.
Berita lanjut menyusul
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JUALAN RAHMAH BERGERAK RINGANKAN BEBAN PERBELANJAAN RAKYAT
KESIDANG 6 Mac - Penganjuran 91 Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) bergerak sepanjang Ramadan di seluruh Melaka membantu memudahkan rakyat...
RAMAI MASIH SELESA BAYAR ZAKAT SECARA BERSEMUKA
BUKIT KATIL 6 Mac – Meskipun kaedah pembayaran zakat semakin mudah termasuk menerusi perkhidmatan dalam talian, namun masih ramai umat...
MELAKA SELAMATKAN LEBIH 3 TAN MAKANAN DI PASAR RAMADAN
AYER KEROH 6 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka berjaya menyelamatkan lebih tiga tan lebihan...
PPSPM, JPKK PENGKALAN RAMA PANTAI EDAR ‘BUBUR LAMBUK NOMBOR SATU’
BANDARAYA MELAKA 6 Mac - Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan...
PROGRAM REPATRIASI MIGRAN 2.0 KUTIP RM94 JUTA – SAIFUDDIN
AYER KEROH 5 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengutip kira-kira RM94 juta kompaun melalui pelaksanaan Program Repatriasi Migran 2.0...
MELAKA IKTIRAF KEPEDULIAN BADAN KORPORAT TERHADAP ASNAF
TANJUNG BIDARA 5 Mac - Kerajaan Negeri menghargai dan mengiktiraf peranan badan korporat yang bersama-sama turun padang bagi menyantuni, berkongsi...

