
PPSPM, JPKK PENGKALAN RAMA PANTAI EDAR ‘BUBUR LAMBUK NOMBOR SATU’
BANDARAYA MELAKA 6 Mac – Perbadanan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pengkalan Rama Pantai mengedarkan 250 pek bubur lambuk percuma sempena bersempena Ramadan.
Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Shaharul Azuar Idris berkata, bubur lambuk dimasak itu pernah meraih tempat pertama dalam Pertandingan Bubur Lambuk Melaka, sekali gus menjadikannya antara bubur lambuk terbaik di negeri ini.
“Ini pertama kali PPSPM bekerjasama dengan JPKK Pengkalan Rama Pantai termasuk bergotong-royong menyediakan bubur lambuk. Insya-Allah program ini akan dijadikan sebagai acara tahunan.
“Dalam masa yang sama, ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan serta komuniti”, katanya kepada Melaka Hari Ini ketika ditemui semasa program gotong-royong memasak bubur lambuk di Madrasah Pengkalan Rama Pantai, di sini, semalam.
Mengulas Shaharul Azuar berkata, bubur lambuk berkenaan diedarkan kepada orang ramai sekitar Muara Sungai Melaka.
Hadir sama memeriahkan penganjuran majlis adalah Pengerusi JPKK merangkap pengerusi Madrasah Pengkalan Rama Pantai, Kamarudin Mohd Yasin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BUKAN SEKADAR DESTINASI SEKALI DATANG
AYER KEROH 6 September – Melaka mahu terus dikenali sebagai destinasi pelancongan yang sentiasa hidup dengan pelbagai acara bagi menggalakkan...
‘MELAKA TAK RELAKS DEMI RAKYAT’
AYER KEROH 5 September – “Apa yang tak relaks sangat Melaka ni?" itu antara soalan yang sering diajukan kepada Ketua...
HARI KEDUA LUAR BIASA, HAMPIR 50,000 MERIAHKAN KARNIVAL ANAK MUDA MELAKA
AYER KEROH 5 September – Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 X Konsert Jom Heboh mencatat sambutan luar biasa apabila...
IBU MUDA MELAKA BUKAN SEKADAR DIBANTU, TETAPI DIPERKASA
AYER KEROH 5 September - Penyertaan ibu muda dalam Karnival Anak Muda Negeri Melaka 2026 membuktikan usaha Kerajaan Negeri bukan...
SUKARELAWAN BSAT ‘DUTA KECIL’ MAIM SANTUNI GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER KEROH 5 September - Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) berpotensi menjadi 'Duta Kecil MAIM' dalam memperluas...
IBU MUDA MELAKA LUAR BIASA!
AYER KEROH 5 September - Seramai 300 ibu muda dari seluruh Negeri Melaka berhimpun menerusi satu program khas bagi memperkukuh...
