
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes bunuh
JOHOR BAHRU, 28 Oktober – Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam pergaduhan dua hari lepas sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut, selepas kereta yang dinaiki ketiga-tiga suspek itu terbabas di Jalan Tun Dr Ismail di sini kira-kira pukul 5.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata ketiga-tiga suspek ditahan selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas semasa mereka cuba melarikan diri daripada pemeriksaan.
“Hasil semakan mendapati seorang suspek mempunyai dua kes jenayah berkaitan dadah, dan hasil ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau daripada mereka, dan kes bunuh itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman mati.
Sementara itu, difahamkan dalam kejadian tengah malam Khamis hingga kira-kira pukul 1 pagi Jumaat, polis yang menerima maklumat daripada orang awam mengenai pergaduhan melibatkan beberapa lelaki sehingga mengakibatkan seorang maut, telah melancarkan gerakan bagi memburu lapan suspek.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MALAM LESTARI SENI ACARA KEMUNCAK FSSSM 2025
BANDARAYA MELAKA 24 Oktober - Acara kemuncak Festival Seni Selat Melaka X Festival Sungai Melaka (FSSSM) 2025, iaitu Malam Lestari...
LUKISAN 128 METER PELAYARAN CHENG HO SIMBOL HUBUNGAN DUA BUDAYA
BANDA HILIR 24 Oktober – Lukisan Pelayaran Cheng Ho sepanjang 128 meter dihasilkan oleh artis terkenal China, Yan Feng, kini...
KPM KAMPUS BANDAR, IKM JASIN ANJUR PROGRAM MEMBUDAYAKAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
AYER KEROH 24 Oktober - Selain kecemerlangan akademik, aspek kesihatan mental, fizikal dan sosial turut diberikan keutamaan oleh Kolej Profesional...
AB RAUF TITIP SEMANGAT BUAT CALON SPM MELAKA
ALOR GAJAH 24 Oktober – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menitipkan nasihat serta doa buat semua calon...
WRUR: PASTIKAN PENGANJURAN SETIAP EDISI BERI IMPAK KEPADA RAKYAT
ALOR GAJAH 24 Oktober - Kejayaan setiap edisi penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) amat menagih kerjasama dan komitmen...
‘HADIAH KHAS’ RM5,000 UNTUK SEKOLAH PALING CEMERLANG SPM
ALOR GAJAH 24 Oktober – Sekolah paling cemerlang di Melaka dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 bakal menerima...
