
Remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Ketil
Ketua Polis Daerah Baling Supt Shamsudin Mamat berkataΒ mayat Muhammad FakhrullahΒ dijumpaiΒ kira-kira 10 pagi berhampiran lokasi dia dipercayai terjatuh ke dalam sungai.
“Mangsa dilaporkan terjatuh kira-kira 5.30 petang semalam sewaktu mandi bersama tujuh lagi rakannya.
“Mayatnya ditemukanΒ tersangkut padaΒ pokok di dalam sungai terbabit. Proses membawa naik mayat sedang dilakukanΒ dan mayat akan dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) pelajar Sekolah Menengah Tanjung PuteriΒ itu dijalankan sejak 6 petang semalam sebelum ditangguhkan pada 11 malam tadi.
“Operasi disertaiΒ 67 pegawai dan anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk kampung.
“SAR pada hari ini bermulaΒ pada 8 pagi tadi,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANΒ TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
