Malam minggu lebih meriah di Menara Taming Sari

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

BANDARAYA MELAKA 28 Februari – Melaka Taming Sari menjalin kerjasama bersama Institut Warisan Melaka (INSWA) bagi menghiburkan pengunjung pada setiap hujung minggu.

Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB) Nasrul Ahmad berkata, antara persembahan yang dibawakan ialah tarian kebudayaan, selain ‘live band’ dan ‘buskers’ di perkarangan dataran menara ikonik itu.

Menurut beliau, pihaknya kini sedang dalam perbincangan bersama INSWA untuk mempelbagaikan lagi persembahan kebudayaan termasuk mengetengahkan alat muzik tradisional dan Dondang Sayang.

“Pada malam minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad kawasan perkarangan dataran Menara Taming Sari ini penuh dengan pengunjung termasuk juga mereka yang mengambil kesempatan untuk beriadah kerana terdapat ‘uptown’ di sini.

“Dengan kehadiran pengunjung yang ramai kami ambil kesempatan mengadakan persembahan kebudayaan selain daripada ‘live band’ dan ‘buskers’ bagi memeriahkan lagi suasana.

“Bagi persembahan kebudayaan kita bekerjasama dengan INSWA dan untuk waktu ini kita hanya tertumpu kepada tarian sahaja, jadi kita merancang untuk mempelbagaikan lagi persembahan kebudayaan termasuklah nyanyian lagu-lagu asli,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Photo1709023821
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad (MTSB), Nasrul Ahmad. Foto: MR. AZLI

Menurutnya, dengan adanya kepelbagaian persembahan kebudayaan, ia secara tidak langsung akan menarik lebih ramai pengunjung bukan sahaja ke Menara Taming Sari tetapi ke kawasan inisiatif Zon Bebas Kenderaan.

“Melalui INSWA kita akan bawakan kumpulan kebudayaan yang akan membuat persembahan setiap hujung minggu jadi mereka yang datang ke sini bukan sahaja dapat melihat persembahan moden tetapi juga tradisional.

“Usaha ini bukan sahaja untuk mempromosikan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) tetapi juga mengangkat kembali warisan seni muzik tradisional,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1195
Kongsi :
Previous post TMM2024: Explorace Media bakal jadi tarikan
Next post Remaja lelaki ditemukan lemas di Sungai Ketil
Ubah saiz-+=