
Stoking tertera kalimah Allah: Polis rakam keterangan lapan individu
KUALA LUMPUR, 20 Mac – Polis sudah merakam keterangan lapan individu termasuk pemilik dan pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah yang tular baru-baru ini.
Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman ketika dihubungi Bernama berkata keterangan semua individu itu dirakam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 12.30 tengah hari, semalam.
Setakat ini 80 laporan polis telah dibuat di seluruh negara dan siasatan yang dijalankan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) masih di peringkat awal.
“Pihak USJT akan melaksanakan siasatan secara menyeluruh ke atas fakta isu kes penjualan stoking tertulis kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart Sunway. Perkara itu akan dilakukan dengan mengenal pasti proses perolehan dan lain-lain yang bersangkutan bagi mengenal pasti pelaku-pelaku,” kata jurucakap urusetia berkenaan.
Menurutnya siasatan awal setakat ini mendedahkan vendor terlibat beroperasi di Batu Pahat, Johor.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KERAJAAN KEKALKAN BANTUAN BUDI DIESEL RM300 SEBULAN UNTUK APRIL – MOF
KUALA LUMPUR 31 Mac - Kerajaan mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan untuk April ini...
PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT
ALOR GAJAH 31 Mac – Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi Negeri Melaka menunjukkan peningkatan membanggakan apabila 97.07...
KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI
DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk....
PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Melaka kini menjadi tumpuan dunia apabila negeri ini dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran pelbagai...
MASA DEPAN MELAKA SEMAKIN BAIK
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Masa depan Melaka kini semakin baik apabila nilai pelaburan masuk ke negeri ini terus meningkat,...
390 CALON SPM MELAKA RAIH SEMUA A
ALOR GAJAH 31 Mac – Seramai 390 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 Melaka berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A,...
