Cadang wujud Anugerah Usahawan Negeri Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 20 Mac – Anugerah Usahawan Negeri Melaka akan diwujudkan bagi memberi pengiktirafan dan menggalakkan lagi golongan peniaga tempatan bersaing secara lebih sihat.

Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Shoo Chin berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) terlebih dulu sebelum ia diperkenalkan.

“Anugerah ini akan dilaksanakan pada setiap tahun, ia secara tidak langsung dapat mewujudkan saingan sihat dalam kalangan usahawan dan berusaha untuk menuju ke arah lebih baik.

“Ada beberapa kategori dicadangkan seperti usahawan wanita terbaik, usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) terbaik, usahawan belia terbaik, usahawan kecil dan sederhana, usahawan perhotelan, usahawan restoran, usahawan koperasi serta lain-lain.

“Penyertaan terbuka kepada semua usahawan Melaka, bagaimanapun ada syarat tertentu yang perlu dipenuhi jika mereka mahu menyertai anugerah ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata anugerah berkenaan dijangka diadakan Oktober atau November tahun ini selepas mendapat persetujuan daripada semua pihak yang terlibat.

“Saya percaya anugerah ini akan mendapat penyertaan menggalakkan daripada semua usahawan di Melaka, kita juga bercadang setiap kategori akan menyenaraikan tiga terbaik peserta terbaik.

“Pada masa sama jawatanuasa kita akan turun padang bagi memantau sendiri perniagaan setiap usahawan ini sama ada mereka layak atau tidak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

186
Kongsi :
Previous post MIIEX’24: Martabat peranan OKU dalam inovasi
Next post Stoking tertera kalimah Allah: Polis rakam keterangan lapan individu
Ubah saiz-+=