
Ab Rauf cakna kebajikan rakyat Melaka
JASIN 25 Mac – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM15,000 bagi menyalurkan sumbangan Ramadan kepada 150 penerima di daerah Jasin.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, sumbangan itu membuktikan Kerajaan Negeri cakna dan mengutamakan kebajikan rakyat.
“Ini bagi memastikan rakyat Melaka tidak tercicir namanya untuk menerima sebarang bentuk bantuan yang sedia ada.
“Maka, pada hari ini kita menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 150 penerima berserta kit makanan. Ini salah satu bukti manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan dan Berbuka Puasa Peringkat Daerah Jasin Tahun 2024 di Masjid Al-Ghaffar di sini, hari ini.
Hadir sama Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh; Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar; Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Siti Faizah Abd Azis serta lain-lain kenamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
