Ab Rauf sentiasa dekat dengan rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

TANJUNG BIDARA 26 Mac – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh disifatkan sebagai seorang yang memahami denyut nadi rakyat, atas pelbagai usaha berterusan beliau dalam meringankan beban khusunya golongan kurang berkemampuan di Negeri Melaka.

Dalam setiap gerak kerja pembangunan yang dirancang, Ab Rauf akan memastikan orang Melaka akan turut sama menikmati hasilnya, termasuk daripada aspek limpahan ekonomi dan pembangunan infrastruktur termasuk bagi keselesaan rakyat di luar bandar.

Setahun mentadbir Negeri Melaka ramai mengakui banyak perubahan telah dilaksanakan Ab Rauf, terutama dalam soal memperkasa sosioekonomi dan menjaga kebajikan orang Melaka.

Norzaini Md Kassim, 60 berkata, peribadi Ketua Menteri perlu dicontohi oleh setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini bagi memastikan hubungan antara rakyat dan pemimpin dapat dieratkan lagi.

“Alhamdulillah, selama setahun pentadbiran Ketua Menteri saya nampak perubahan yang beliau bawa untuk negeri ini terutama dalam soal kebajikan dan pembangunan ekonomi orang kampung.

“Infrastruktur kawasan kampung diberi perhatian, pencapaian akademik anak-anak juga diberikan perhatian oleh Ketua Menteri,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu, Muhd Amri Sulaiman, 41, meletakkan harapan yang tinggi agar semangat kebersamaan membentuk Kerajaan Perpaduan terus disuburkan, sekali gus menjadikan Melaka lebih terkehadapan dalam semua aspek pembangunan berbanding negeri maju lain di negara ini.

“Ketua Menteri adalah seorang yang mudah mesra dengan rakyat dan perkara ini bukan dibuat-buat atau ikut skrip, malah mahu berurusan dengan beliau juga tidak banyak kerenah atau terlalu ikut protokol.

“Sebagai seorang yang membesar di kampung, Ketua Menteri dilihat kerap turun padang meronda sekitar Masjid Tanah untuk menyantuni orang ramai. Perwatakan Ketua Menteri menyebabkan kita merasa dia sentiasa ada bersama rakyat,” katanya.

Sementara itu, Maznah Kassim, 66 berkata, meskipun sudah bertatus warga emas dia amat tertarik dengan idea pendigitalan yang dilaksanakan untuk kemudahan dan melancarkan urusan orang kampung.

Tambahnya, Ab Rauf seorang yang selesa untuk bergaul dengan sesiapa sahaja meskipun individu berkenaan adalah seteru dalam politik.

“Kebajikan rakyat adalah keutamaan Ketua Menteri, banyak bantuan yang disalurkan. Benar tidaklah sebenar mana tetapi bagi orang kampung seperti saya bantuan dihulurkan amat memberikan kesan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

57
Kongsi :
Previous post Ab Rauf cakna kebajikan rakyat Melaka
Next post Misi KipMall terus santuni komuniti
Ubah saiz-+=