Misi KipMall terus santuni komuniti

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PENGKALAN BATU 26 Mac – Pengurusan pusat beli-belah KipMall Melaka aktif melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang juga salah satu daripada inisiatif untuk terus mendekati komuniti di negeri ini.

Penolong Pengurus KipMall Melaka, Mohamad Elmy Othman berkata, usaha itu selaras dengan konsep KipMall yang sentiasa mengamalkan budaya pasaraya komuniti.

“Justeru tahun ini kami meneruskan misi dengan meraikan 20 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Perempuan Durian Daun Majlis Iftar Santuni Kasih Bersama Anak-Anak Yatim pada 29 Mac (Jumaat).

“Penganjuran majlis ini juga hasil kerjasama rakan-rakan niaga KipMall yang sudi berkongsi rezeki bagi menggembirakan anak-anak ini yang mungkin kurang bernasib baik.

“Kami berusaha mengadakan program begini setiap tahun khususnya di bulan Ramadan, KipMall Melaka adalah pasaraya komuniti, jadi inilah cara kami mahu mendekati golongan memerlukan,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Mohamad Elmy berkata pihaknya juga sedang menambah baik fasiliti dan kemudahan di KipMall bagi memastikan keselesaan pengunjung singgah berbelanja di pasaraya itu.

“Pihak pengurusan KipMall sangat cakna terhadap aspek keselesaan pengunjung, jadi kami melakukan beberapa penambahbaikan seperti menyediakan surau dan tandas lebih baik.

“Alhamdulillah kita dapat lihat peningkatan daripada segi penyewa dalam pasaraya ini sudah mencecah 95 peratus setakat ini. Kami harap rakan-rakan niaga juga sentiasa menyokong usaha KipMall pada masa akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

91
Kongsi :
Previous post Ab Rauf sentiasa dekat dengan rakyat
Next post Baucar barang keperluan harian untuk masyarakat Tionghua
Ubah saiz-+=