Baucar barang keperluan harian untuk masyarakat Tionghua

Masa Membaca:52 Saat

AYER KEROH 26 Mac – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) meraikan seramai 25 warga emas masyarakat Tionghua dengan menyerahkan baucar barangan keperluan harian sempena sambutan Tahun Baru Cina (TBC).

Yang Dipertua MPHTJ, Datin Sapiah Haron berkata, baucar berkenaan adalah tajaan SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) dalam usaha melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Ini salah satu inisiatif SWM Environment untuk berkongsi rezeki menerusi program SWM Kasih khusus kepada penerima yang layak sempena TBC yang lalu bagi kawasan pentadbiran MPHTJ.

“Manakala baki sebanyak 25 baucar lagi akan diserahkan kepada penerima pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Korporat dan Khidmat Masyarakat,” katanya.

Terdahulu Sapiah turut menerima kunjung hormat Persatuan Penduduk Merdeka Permai Malim untuk menganjurkan Pesta Tanglung pada 14 hingga 16 September depan.

“MPHTJ tiada halangan membenarkan persatuan menganjurkan pesta tersebut, tetapi kita sedang menunggu surat daripada persatuan bagi tindakan selanjutnya,” katanya.

Kunjung hormat berkenaan diketuai Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Malim Jaya, Ngoh See Koon dan Penasihat Undang-Undangnya, Lok Boon Ket.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

69
Kongsi :
Previous post Misi KipMall terus santuni komuniti
Next post Orang Jasin tidak tercicir terima sumbangan Ramadan
Ubah saiz-+=