
MPJ terima 30 MyKiosk
JASIN 29 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima sebanyak 30 unit MyKiosk daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk disewakan kepada peniaga dan penjaja kecil sekitar daerah itu.
Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kemudahan MyKiosk itu dijangka ditawarkan untuk sewaan pada harga antara RM100 hingga RM150 sebulan.
Katanya, MyKiosk berkenaan akan ditempatkan di Japerun untuk disewakan kepada peniaga atau penjaja yang memiliki lesen perniagaan sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Peruntukan kemudahan itu adalah bagi tahun 2023 dan setakat ini 10 unit MyKiosk ditempatkan di Bemban dan masing-masing lima di Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Muhammad Zahiruddin berkata, MPJ kini dalam usaha untuk memohon lebih banyak MyKiosk bagi ditempatkan dalam kawasan pentadbirannya, sekali gus menyediakan tapak perniagaan lebih selamat.
“Bagi 2024 MPJ ada membuat permohonan untuk mendapatkan MyKiosk ini untuk ditempatkan sekitar Rim dan Asahan, namun perkara ini masih pada peringkat perbincangan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BELANJAWAN 2027: BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN NAIK RM200, PELAJAR TINGKATAN 6 DAPAT ELAUN RM2,500
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dinaikkan daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap murid untuk sesi persekolahan...
KEHIDUPAN ANAK KAMPUNG CETUS ILHAM KAMPUNG DIGITAL
TANJUNG BIDARA 9 Oktober - Pengalaman membesar di kampung dan berdepan sistem alamat yang dikongsi ribuan penduduk, mencetuskan idea Ketua...
BELANJAWAN 2027: KERAJAAN BERTEKAD KURANGKAN RISIKO BANJIR SUNGAI RAMBAI
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Kerajaan bertekad mengurangkan risiko banjir menerusi pelaksanaan Projek Pemulihan Sungai dan Rancangan Tebatan Banjir (RTB)...
BELANJAWAN 2027: PAYA RUMPUT ANTARA EMPAT LOKASI PROJEK PRR BAHARU
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Paya Rumput, Melaka menjadi sebagai antara empat lokasi pelaksanaan projek perumahan baharu menerusi Program Residensi...
BELANJAWAN 2027: GAJI MINIMUM NAIK RM2,000 BERMULA JUN 2027
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa Jun 2027,...
BELANJAWAN 2027: STR DAN SARA NAIK RM16 BILION, 13 JUTA RAKYAT TERIMA MANFAAT
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Kerajaan meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion...
