
MPJ terima 30 MyKiosk
JASIN 29 Mac – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menerima sebanyak 30 unit MyKiosk daripada Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk disewakan kepada peniaga dan penjaja kecil sekitar daerah itu.
Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, kemudahan MyKiosk itu dijangka ditawarkan untuk sewaan pada harga antara RM100 hingga RM150 sebulan.
Katanya, MyKiosk berkenaan akan ditempatkan di Japerun untuk disewakan kepada peniaga atau penjaja yang memiliki lesen perniagaan sah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
“Peruntukan kemudahan itu adalah bagi tahun 2023 dan setakat ini 10 unit MyKiosk ditempatkan di Bemban dan masing-masing lima di Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Muhammad Zahiruddin berkata, MPJ kini dalam usaha untuk memohon lebih banyak MyKiosk bagi ditempatkan dalam kawasan pentadbirannya, sekali gus menyediakan tapak perniagaan lebih selamat.
“Bagi 2024 MPJ ada membuat permohonan untuk mendapatkan MyKiosk ini untuk ditempatkan sekitar Rim dan Asahan, namun perkara ini masih pada peringkat perbincangan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BELANJAWAN 2027: STR DAN SARA NAIK RM16 BILION, 13 JUTA RAKYAT TERIMA MANFAAT
KUALA LUMPUR 9 Oktober - Kerajaan meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada RM16 bilion...
PRN MELAKA: RAKYAT MAHU PEMBANGUNAN SEIMBANG, EKONOMI LEBIH BERDAYA TAHAN
AYER KEROH 9 Oktober - Pendapatan lebih baik, kos sara hidup terkawal, pembangunan lebih seimbang dan penyampaian perkhidmatan kerajaan yang...
KPDN MELAKA BONGKAR TAKTIK BAHARU, RUMAH JADI ‘PORT’ SELEWENG MINYAK
PAYA RUMPUT 9 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka membongkar taktik baharu penyelewengan minyak...
‘INGAT DOKTOR GIGI, INGAT TULEN DENTAL’
KESIDANG 9 Oktober - 'Ingat hari jadi, ingat doktor gigi' menjadi pesanan Klinik Pergigian Tulen atau Tulen Dental kepada orang...
JEREBU: SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA MELAKA DITANGGUHKAN
AYER KEROH 9 Oktober – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Melaka Tahun 2026 yang dijadualkan berlangsung esok ditangguhkan...
HAMPIRI USIA SEABAD, KOPERASI PEGAWAI KERAJAAN MELAKA KEKAL DI PUNCAK
BANDA HILIR 9 Oktober - Hampir mencecah usia satu abad, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad terus mengekalkan peranan sebagai...
