
MPJ sasar baik pulih 35 rumah daif
JASIN 17 Mei – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyasarkan untuk membaik pulih 35 kediaman daif dalam kawasan pentadbirannya sepanjang tahun ini.
Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari berkata, pihaknya juga sudah menerima peruntukan berjumlah RM700,000 disalurkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) – Program Baik Pulih Rumah Tahun 2024.
“Sebanyak RM20,000 diperuntukkan bagi setiap kediaman daif. Kerja baik pulih sudah dimulakan sejak 22 April lalu dan jika tidak ada sebarang masalah insya-Allah semuanya akan siap pada 22 Mei nanti.
“Harapan kami adalah, hasil inisiatif ini dapat membantu penerima menjalani kehidupan lebih selesa berbanding sebelumnya,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurutnya, kerja-kerja membaik pulih rumah itu secara tidak langsung memberi impak besar kepada golongan daif di Jasin.

“Terima kasih juga kepada Jabatan Korporat & Khidmat Masyarakat MPJ bersama Jabatan Kejuruteraan MPJ yang bertindak dalam penyelerasan kerja-kerja membaik pulih rumah ini,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...

