
Remaja langgar lembu ‘ditidurkan’
LENDU 21 Jun – Remaja lelaki parah selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor haiwan dipercayai lembu di Jalan Lendu Rakan Muda, Masjid Tanah, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa Adam Hazriq Yatim, 16, mengalami kecederaan parah di kepala dan kini dirawat di zon merah Hospital Alor Gajah.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang tidak lagi bersekolah sedang dalam perjalanan dari arah Alor Gajah menghala ke Masjid Tanah.
Katanya, ketika melalui lokasi iaitu jalan yang menuruni bukit, mangsa dipercayai melanggar haiwan berkenaan sebelum terjatuh di atas jalan.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa yang dirawat di zon merah hospital berkenaan kini sedang ditidurkan,” katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan memandangkan tiada rakaman kamera litar tertutup dan saksi bebas yang melihat kejadian tersebut.
Menurutnya, motosikal ditunggang mangsa dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HLN 2026: PAVILION MBMB SERLAH IDENTITI PERANAKAN-MELAYU MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Identiti unik masyarakat Peranakan dan Melayu Melaka diterjemahkan menerusi dekorasi Pavilion Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah...
MPJ PERKASA DIGITAL, PASTIKAN JASIN TERUS BERSIH DAN CERIA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) akan memperkukuh pendigitalan perkhidmatan serta mengekalkan tahap kebersihan sebagai antara fokus...
MPAG NAIKKAN PENANDA ARAS PENYELESAIAN ISU RAKYAT
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) akan terus meningkatkan โbenchmarkโ atau penanda aras penyelesaian aduan bagi...
MPHTJ TEKAD PASTIKAN KUTIPAN HASIL KEMBALI KEPADA RAKYAT
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) komited memastikan hasil yang dikutip termasuk cukai taksiran diterjemahkan...
2,188 WARGA PBT TUNJANG KEKUATAN MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Seramai 2,188 warga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Melaka menjadi tunjang dan sumber kekuatan...
RUANG ‘SEPI’ JADI REZEKI RAKYAT MELAKA
PAYA RUMPUT 6 Ogos - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memuji usaha empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
