Melaka Bila Larut Malam: PPSPM tambah baik produk pelancongan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

BANDARAYA MELAKA 21 Jun – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyasarkan lebih ramai pengunjung hadir ke Program Melaka Bila Larut Malam pada 6 Julai depan.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata pihaknya akan menambah baik kemudahan dan penambahan bot Melaka River Cruise untuk kali kedua penganjuran program terbabit dilaksanakan.

Katanya, PPSPM akan menambah bilangan bot kepada 30 buah bot dan mampu membawa 5,000 pengunjung dalam satu masa.

“Pada 1 Jun lalu, orang ramai beratur sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyebabkan pengunjung sukar ke Floating Market dan Pink Market yang kita sediakan di Dataran Pengkalan Rama.

“Jadi penganjuran Program Bila Larut Malam untuk kali kedua pada 6 Julai ini kita akan menambah baik dari segi sistem yang lebih sistematik di kedua-dua kaunter tiket yang dibuka untuk program terbabit,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya juga akan meletakkan pengawasan untuk lalu lintas lebih lancar dan giat melaksanakan promosi Program Melaka Bila Larut Malam.

“Kita harap lebih ramai pengunjung akan hadir pada 6 Julai depan sekaligus dapat menikmati produk pelancongan PPSPM.

“Kita ada Melaka River Cruise; Pink Market dan Floating Market yang mana kita akan tambah peniaga di kedua-dua market (Pink Market dan Floating Market).

“Selain itu, kita juga akan menambah aktiviti selain dari persembahan busker dan yang pastinya program pada Julai depan lebih menarik dan padat pengisian,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

85
Kongsi :
Previous post MPAG raih kutipan cukai taksiran RM12.8 juta
Next post Remaja langgar lembu ‘ditidurkan’
Ubah saiz-+=