
POKOK KEKABU TUMBANG HEMPAP RUMAH, LELAKI CEDERA PARAH
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah rumah kelas B (separuh batu, separuh papan) pada pukul 1.18 pagi tadi.
“Jentera tiba di lokasi pada pukul 1.44 pagi…apabila tiba di lokasi, didapati terdapat sebatang pokok tumbang dan menghempap sebuah rumah yang menyebabkan seorang lelaki berusia 34 tahun cedera parah di bahagian kepala.
“Tindakan awal anggota di lokasi, mengeluarkan mangsa dari dalam rumah dan rawatan awal dijalankan anggota Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi terkawal pada pukul 2.01 pagi dan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang dilakukan oleh anggota di lokasi. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TOK AJAK ‘HIDUPKAN’ BELIA DAN SUKAN TELOK MAS
TELOK MAS 20 Ogos – Pembangunan fasiliti sukan untuk golongan belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus diperkasa...
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...

