
BENZ CLA MALAYSIA PILIH ‘HEALING ‘ DI MELAKA
AYER KEROH 17 November – Lebih 161 ahli Benz CLA Malaysia (BCM) memilih Negeri Melaka sebagai destinasi untuk berkumpul dan ‘healing’ hujung minggu mereka.
Presiden (BCM) Dzulfida Adzwan Yusof berkata Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik menjadi antara faktor mereka memilih untuk memandu ke negeri ini.
“Menerusi program satu hari ini kami menghabiskan masa dengan menyertai perlawanan boling di Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC) yang juga antara pengisian diatur untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan ahli.
“Selepas tamat perlawanan ahli kami akan singgah ke lokasi menarik termasuk tempat makan popular sekitar Negeri Melaka,” katanya ketika ditemui di MIBC, semalam.
Dzulfida Adzwan berkata, kali ini penyertaan membabitkan sebanyak 30 unit kereta Mercedes Benz model CLA milik ahli BCM dari seluruh negara.
Katanya, kelab ditubuhkan pada 2020 dengan penyertaan hanya lapan ong sahaja, namun kini BCMΒ semakin berkembang dan kini mempunyai seramai 400 ahli.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHANΒ TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...

