
WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada mulanya selepas berkenalan, balu berumur 33 tahun itu diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Beliau berkata selepas beberapa hari berhubung, suspek kononnya berniat mahu memberi hadiah telefon dan wang tunai dalam bentuk dolar kepada wanita berkenaan.
“Tidak lama kemudian wanita itu menerima e-mel yang menyatakan bahawa kiriman barangan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tetapi dia perlu membuat bayaran kepada syarikat kurier untuk mendapatkan barangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata wanita itu membuat 14 kali pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza seperti diarahkan, dengan menggunakan wang simpanan sendiri dan arwah suaminya, namun dia tetap tidak menerima barangan berkenaan, sebaliknya terus diminta membuat pembayaran lagi atas pelbagai alasan.
“Selepas menyedari tertipu, wanita itu membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAHUN PERTAMA BERNIAGA, RIFKARL RAIH SAMBUTAN LUAR BIASA DI BAZAR IKONIK BANDA HILIR
BANDA HILIR 20 Februari – Peniaga pakaian Arif Moidin, 41, atau lebih dikenali dengan nama 'Rifkarl' meluahkan rasa syukur apabila...
KOMPLEKS AS SOLIHIN MERCU AGAMA BAHARU PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 20 Februari - Menginjak usia 100 tahun, Masjid As Solihin, Paya Rumput terus kekal utuh sebagai pusat ibadah...
PERSATUAN SUKAN DIMINTA KEMUKA ‘LONGLIST’ ATLET SUKMA 2026 SEBELUM 22 FEBRUARI
AYER KEROH 20 Februari - Semua persatuan sukan di negeri ini diminta mengemukakan senarai panjang (longlist) atlet yang bakal mengambil...
PAYA RUMPUT PESAT MEMBANGUN, ISU KESESAKAN JADI FOKUS RAIS
PAYA RUMPUT 20 Februari - Menyelesaikan isu kesesakan di sebalik pembangunan pesat di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput...
TUJUH HARI BERNIAGA, 90 PERATUS PENIAGA BAZAR IKONIK SUDAH PULANG MODAL
BANDA HILIR 20 Februari – Sambutan luar jangka diterima peniaga Bazar Ikonik Banda Hilir apabila hampir 90 peratus daripada mereka...
SEMBILAN MASJID DUN AYER LIMAU SEMARAK RAMADAN, SASAR 700 PESERTA TADARUS
AYER LIMAU 19 Februari - Sebanyak sembilan masjid dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau akan menganjurkan pelbagai program kerohanian...
