
WANITA RUGI LEBIH RM20,000 ANGKARA “LOVE SCAM”
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada mulanya selepas berkenalan, balu berumur 33 tahun itu diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Beliau berkata selepas beberapa hari berhubung, suspek kononnya berniat mahu memberi hadiah telefon dan wang tunai dalam bentuk dolar kepada wanita berkenaan.
“Tidak lama kemudian wanita itu menerima e-mel yang menyatakan bahawa kiriman barangan telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, tetapi dia perlu membuat bayaran kepada syarikat kurier untuk mendapatkan barangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata wanita itu membuat 14 kali pembayaran ke tujuh akaun bank berbeza seperti diarahkan, dengan menggunakan wang simpanan sendiri dan arwah suaminya, namun dia tetap tidak menerima barangan berkenaan, sebaliknya terus diminta membuat pembayaran lagi atas pelbagai alasan.
“Selepas menyedari tertipu, wanita itu membuat laporan polis semalam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAJIAN JAMBATAN MELAKA-INDONESIA DIBENTANG KEPADA MPFN – KM
GADEK 11 Disember - Kerangka kajian pembinaan jambatan menghubungkan Melaka dan Indonesia akan dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)...
MELAKA SASAR SEDIAKAN 300 STESEN PENGECAS EV
GADEK 11 Disember - Melaka menyasarkan untuk membina 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) bagi memastikan negeri ini sentiasa bersedia...
LONJAK KEDUDUKAN MELAKA SEBAGAI PANGKALAN STRATEGIK EV DI ASEAN
GADEK 11 Disember - Melaka bukan sahaja tersohor sebagai destinasi bersejarah, sebaliknya negeri ini bakal melonjak naik sebagai hab pembuatan...
PENGAKAP ASET NEGARA, PLATFORM LAHIR PEMIMPIN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Disember – Pergerakan Pengakap terus diiktiraf sebagai antara aset terpenting dalam pembangunan belia negara selepas lebih 117...
JANGKITAN HIV DI MELAKA MENURUN 30 PERATUS
AYER KEROH 11 Disember - Kes HIV di Melaka mencatatkan penurunan hampir 30 peratus telah direkodkan pada 2024 berbanding 2010....
SYIAR ISLAM SUBUR DI BAWAH KEPIMPINAN AB RAUF – MUFTI MELAKA
PENGKALAN BATU 11 Disember - Kerajaan Negeri dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh amat komited mempergiat usaha...
