
RIBUAN TANGLUNG HIASI BANDARAYA MELAKA
AYER KEROH 26 Januari – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) giat menceriakan kawasan pentadbirannya bersempena sambutan Tahun Baru Cina, tahun ini.
Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman berkata, bagi menambah seri kemeriahan musim perayaan itu, ribuan tanglung telah dipasang di kawasan-kawasan tumpuan pelancong.
Katanya, pihaknya telah menceriakan lokasi tumpuan pelancong khususnya di kawasan Banda Hilir, selain jalan raya di bawah seliaan MBMB.
“Bertepatan dengan musim perayaan dan cuti sekolah, kita dapati ramai pengunjung gembira dan teruja melihat pelbagai hiasan dan pencahayaan yang dipasang di sekitar kawasan pelancongan.
“Jadi kita harap usaha menceriakan Bandaraya Melaka ini dapat menggamit lebih ramai pengunjung ke negeri ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shadan berkata, di bawah MBMB pihaknya memang menyediakan peruntukan untuk aspek pengindahan kawasan-kawasan di bawah pentadbirannya pada setiap musim perayaan.
“MBMB akan menceriakan setiap kawasan di dengan pelbagai hiasan serta menambah baik pencahayaan untuk semua musim perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Krismas, Deepavali dan sebagainya,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SENTUHAN KASIH EMGS RINGANKAN BEBAN 300 PENDUDUK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Oktober - Seramai 300 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas menerima manfaat menerusi sumbangan bantuan...
AB RAUF, KETUA MENTERI ‘GRED A’
KESIDANG 19 Oktober - Usaha Kerajaan Negeri merancakkan sektor pelancongan menerusi penganjuran pelbagai program dan acara memberikan impak positif kepada ekonomi...
ORANG ALOR GAJAH PUJI PENTADBIRAN MESRA RAKYAT, TURUN PADANG DIAMALKAN TOK RAUF
MACHAP JAYA 19 Oktober – Pelbagai inisiatif dilaksanakan Kerajaan Negeri sepanjang kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh...
BUKAN DEMI RUPA, DUA PESERTA BIGGEST LOSER PILIH HIDUP LEBIH SIHAT
AYER KEROH 19 Oktober – Bukan sekadar pertandingan menurunkan berat badan, The Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 menjadi...
MPAG SEDIA KIOS LAYAN DIRI, PERLUAS TRANSAKSI TANPA TUNAI
ALOR GAJAH 19 Oktober - Orang awam kini mempunyai alternatif untuk membuat pembayaran perkhidmatan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dengan...
PELBAGAI AKTIVITI MENARIK PASTIKAN MENARA TAMING SARI MERIAH SAMPAI HUJUNG TAHUN
TELOK MAS 19 Oktober - Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) merancang beberapa program sampingan bagi mempelbagaikan tarikan aktiviti pelancongan di...
