
POLIS BURU SUAMI BAKAR KERETA ISTERI
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata kejadian itu berlaku kira-kira 10.20 malam dan mangsa membuat laporan polis pada 1.33 pagi tadi.
Kejadian terbabit juga tular menerusi rakaman video berdurasi 28 saat memaparkan kereta Toyota Vios milik wanita berusia 21 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar.
“Kejadian dipercayai berlaku kerana perselisihan faham antara pasangan berkenaan. Suspek bertindak melarikan diri menggunakan Toyota Vellfire selepas melakukan perbuatan khianat itu.
“Empat individu termasuk tiga wanita yang menaiki kenderaan yang dibakar itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata mangsa mengalami kerugian yang dianggarkan bernilai RM90,000.
Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
KURSUS KAHWIN PERCUMA: RINGANKAN BEBAN ANAK MUDA KE ALAM RUMAH TANGGA
TANJUNG BIDARA 3 November - Rata-rata anak muda di negeri ini berterima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana menyediakan Kursus Pra...
WRUR: BINA BONGGOL DEPAN SEKOLAH TINGKATKAN ASPEK KESELAMATAN MURID, PELAJAR
DURIAN TUNGGAL 3 November - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Durian Tunggal, Datuk Zahari Abd Kalil menggesa agar bonggol dibina...
WRUR: ISU INFRASTRUKTUR, LALU LINTAS FOKUS UTAMA ‘TOWN HALL’ DURIAN TUNGGAL
DURIAN TUNGGAL 3 November - Isu berkaitan infrastruktur, kemudahan awam dan kawalan lalu lintas di kawasan sekolah menjadi fokus utama...
WRUR: JALAN PANTAI BELIMBING – MACHAP PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA
DURIAN TUNGGAL 3 November - Cadangan pembinaan jalan baharu menghubungkan Pantai Belimbing ke Machap sejauh tiga kilometer akan mewujudkan satu...
WRUR: SIMBOL KEHARMONIAN MASYARAKAT MAJMUK – EXCO
DURIAN TUNGGAL 3 November - Semangat perpaduan dipupuk menerusi Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) membuktikan keberkesanan program itu sebagai...
YUSOFF, HONG JUN TERIMA ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA UTEM
DURIAN TUNGGAL 3 November - Leftenan Muda KOR SISPA (Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam) yang juga mantan ahli Majlis Perwakilan...

