
PENUNGGANG MOTOSIKAL PATAH BAHU KIRI LANGGAR KENDERAAN APM DI KLANG
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Rahimi Zainol berkata dalam kejadian pada 8.38 malam itu kenderaan APM berkenaan sedang menuju ke arah Shah Alam bagi tugas menyelamat setelah mendapat panggilan kecemasan dan telah memasang lampu mata arah (beacon light) dan siren amaran.
“Apabila sampai di lampu isyarat, sebuah motosikal ditunggang lelaki warga tempatan telah melanggar bahagian sisi kiri belakang kenderaan pacuan empat roda itu.
“Penunggang motosikal itu dalam perjalanan pulang ke rumah keluarganya di Meru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata penunggang motosikal berusia 25 tahun itu menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dengan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sebelum ini, tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kenderaan dengan logo APM melintasi persimpangan lampu isyarat yang sedang berwarna merah sebelum dilanggar oleh sebuah motosikal. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...

