336 PENYERTAAN BUKTI POTENSI ANAK MUDA DALAM DUNIA DATA

Masa Membaca:58 Saat

BANDARAYA MELAKA 12 November – Minat generasi muda terhadap dunia data dan kreativiti semakin terserlah apabila Pertandingan Video Penceritaan Data dan Poster Kreatif Peringkat Kebangsaan 2026 menerima sebanyak 336 penyertaan dari seluruh negara.

Setiausaha Bahagian Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Melaka Datuk Shamsul Ambia Abdul Aziz berkata, penyertaan itu membabitkan pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi dari seluruh negara.

“Sambutan memberangsangkan ini membuktikan generasi muda Malaysia mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju masa hadapan dalam bidang data, teknologi dan inovasi.

“Kehadiran finalis dari Sarawak yang sanggup merentasi Laut China Selatan untuk menyertai pertandingan ini turut mencerminkan semangat ilmu, kreativiti dan inovasi yang mampu melangkaui sempadan geografi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Data Raya Negeri Melaka Tahun 2026 bertemakan ‘Memacu Keputusan Pintar, Perkhidmatan Efisien Rakyat Sejahtera’ di sebuah hotel di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak, Prof. Madya Dr. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah.

Dalam pada itu, Shamsul Ambia berkata, semua finalis wajar berbangga dengan pencapaian masing-masing tanpa mengira keputusan pertandingan.

“Ini membuktikan kesungguhan anda untuk terus belajar, mencuba dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

133
Kongsi :
Previous post PRN MELAKA: MELAKA PERLU JADI PENCETUS GELOMBANG BN-PN KE PUTRAJAYA – AHMAD MARZUK