
BERKELAKUAN TIDAK SENONOH: DOKTOR DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata jaminan itu diberikan selepas perintah reman terhadap doktor berusia 43 tahun berkenaan tamat hari ini.
“Polis ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, sebelum diserahkan kepada Bukit Aman dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan seterusnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, pihak polis menahan pegawai perubatan itu di sebuah hospital di sini kira-kira 9.30 malam Rabu selepas menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kejadian berkenaan.
Lelaki itu kemudiannya direman selama empat hari bermula 27 Feb bagi membantu siasatan kes itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
