
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac – Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dilantik Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sesi 2025/2026.
Anak jati Kelantan yang berhijrah ke Melaka bersama kakak dan adiknya selepas kematian ibu itu merupakan antara 25 calon yang memenangi pilihan raya kampus yang diadakan pada 19 februari yang lepas.
Nur Addriena Batrisya mengakui bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar, namun dia bertekad untuk memberikan yang terbaik.
“Saya berasa gembira dan seronok apabila dipilih mengetuai kepimpinan MPP tahun ini. Saya akan berusaha agar MPP akan menjadi lebih baik lagi,” katanya yang merupakan anak yatim kematian ibu sejak berusia 15 tahun.
Terdahulu, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP bagi sesi 2025/2026 itu telah disempurnakan Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar KAYM Mohamad Nawawi Saad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BN PERLU PERTAHANKAN MAJORITI TIGA PEREMPAT PADA PRN MELAKA – AHMAD ZAHID
MELAKA, 17 April - Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi majoriti tiga perempat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebelum ini,...
MAIM BUKA ‘PASAR PERCUMA’ DI AYER MOLEK ESOK
AYER MOLEK 17 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT) menganjurkan Pasar Percuma bertempat di...
MELAKA HALAL HUB 2.0 BAKAL BUKA 2,000 PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT
SERKAM 17 April - Pembangunan Melaka Halal Hub 2.0 bakal memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negeri apabila dijangka membuka...
KPT SEDIA TAWAR TEMPAT KEPADA PELAJAR MALAYSIA TERJEJAS KONFLIK ASIA BARAT
JASIN 17 April - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bersedia menawarkan penempatan kepada pelajar Malaysia di luar negara yang terjejas susulan...
LEBIH 200 PRODUK HALAL MELAKA TEMBUSI PASARAN GLOBAL
SERKAM 17 April - Melaka terus berkembang sebagai sebuah hab halal negara apabila merekodkan peningkatan syarikat tempatan yang telah menerima...
PROJEK BINA IPD MELAKA TENGAH DIJANGKA BERMULA TAHUN DEPAN
PAYA RUMPUT 17 April - Projek pembinaan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan Balai Polis Tanjung Minyak...
