
Politeknik Merlimau Melaka perbaiki ranking dunia
MERLIMAU 24 Dis. – Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mencapai kedudukan ke-254 dalam UI GreenMetric World University Ranking 2020 dari 912 penyertaan bagi kampus lestari dan hijau di dunia.
Pengarahnya, Mohd Hatta Zainal berkata, pencapaian itu juga meletakkan PMM sebagai institusi pendidikan ke-12 terbaik di Malaysia seperti dikeluarkan pihak UI GreenMetric.
“Lebih membanggakan mengenai pencapaian ini, kami turut berada di hadapan berbanding universiti tempatan dan institut pengajian tinggi (IPT) yang lain.
“Pencapaian ini jauh lebih baik berbanding tahun 2019 kerana menunjukkan kenaikan daripada tangga 275 kepada 254,” katanya kepada MHI.
Katanya, usaha itu merupakan komitmen warga PMM khususnya Jawatankuasa Hijau PMM yang komited dalam memastikan PMM yang terbaik di Malaysia.
“Kita akan pastikan aspek kelestarian hijau dalam kalangan politeknik dipertingkatkan seterusnya memintas beberapa universiti awam lain,” katanya lagi.
UI GreenMetric World University dimiliki Universitas Indonesia yang merupakan sistem penilaian ranking berdasarkan kelestarian kampus tertua di dunia yang dilaksanakan sejak 2010.
Views:
Related

Berita Lain
PROMOSI JUALAN ‘KAW-KAW’ SEMPENA MELAKA BILA LARUT MALAM MEI 2025
AYER KEROH 2 Mei - Bukan sahaja dapat menikmati diskaun hebat malah pembeli bertuah yang berbelanja di Malaysia Midnight Sale...
TIGA MAUT, KERETA TERBABAS LANGGAR PEMBAHAGI JALAN
KUALA LUMPUR, 2 Mei - Tiga lelaki maut selepas kereta Toyota Vios dinaiki terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Lebuhraya...
WRUR DUN SUNGAI UDANG HARAP ‘LERAI’ PENANTIAN LEBIH 20 TAHUN
AYER KEROH 2 Mei - Pembinaan sebuah sekolah rendah agama (SRA) menjadi fokus utama yang akan diketengahkan kepada Kerajaan Negeri...
MELAKA SASAR ANJUR LEBIH 1,000 JUALAN RAHMAH
KESIDANG 2 Mei - Melaka menyasarkan lebih 1,000 Program Jualan Rahmah akan dianjurkan di seluruh negeri tahun ini. Exco Pembangunan...
AHLI DEWAN BELIA MELAKA BANTU RINGANKAN BEBAN WAKIL RAKYAT
GADEK 2 Mei - Kesemua 33 Ahli Dewan Belia Melaka yang dilantik perlu bekerjasama dengan wakil rakyat mewakili Dewan Undangan...
BAWA LEBIH MUATAN, 19 LORI DITAHAN JPJ
AYER KEROH 1 Mei - Tindakan pemandu lori yang membawa lebih muatan membawa padah selepas kenderaan dipandu mereka ditahan Jabatan...