Sorting by

×

1,000 PESERTA WARNAI LARIAN TUN TEJA

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Jun – Larian Tun Teja @ Tropical Night Run di Jejantas Tun Teja, semalam menarik penyertaan lebih 1,000 peserta.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman berkata, larian julung kali diadakan di jejantas ikonik itu sejak ia diberi nafas baharu melalui inisiatif ‘Santai@Jejantas Tun Teja.

“Saya gembira melihat semangat semua peserta dalam menyertai program sukan sebegini. Ia bukan sahaja mencetuskan gaya hidup sihat, malah memeriahkan suasana di lokasi tumpuan awam seperti Jejantas Tun Teja.

“Peserta akan berlari sejauh lima kilometer bermula di Taman Cempaka dan berakhir di Jejantas Tun Teja,” katanya.

Larian itu merupakan anjuran MBMB bersama Persatuan Bangsa Aktif Malaysia yang dihadiri oleh Presidennya Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali.

Dalam pada itu Shadan turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program itu serta menyeru lebih banyak agensi untuk melaksanakan aktiviti yang segar dan inklusif.

“Saya sentiasa menggalakkan pelaksanaan program sukan dan kecerdasan yang merangkumi semua peringkat golongan sasar tanpa mengira umur, bangsa dan agama.

“Saya percaya, masyarakat yang sihat, cergas dan berdisiplin akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti untuk diri, komuniti dan negara, khususnya di Negeri Melaka.

“Kerajaan Negeri komited menyokong usaha membangunkan belia dan memperkasa bidang sukan demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2774
Kongsi :
Previous post BEKAS KOMANDO SERTAI PARAKOM, BANTU MASYARAKAT SETEMPAT
Next post POLIS GIAT KESAN INDIVIDU TERLIBAT KES GADUH DI DATARAN MERDEKA