
POLIS GIAT KESAN INDIVIDU TERLIBAT KES GADUH DI DATARAN MERDEKA
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman berkata lanjutan siasatan daripada video tular itu, pihaknya telah membuat satu laporan maklumat pertama (FIR).
“Satu laporan maklumat pertama telah dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan siasatan dibuat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
“Usaha mengesan mereka yang terlibat sedang dalam tindakan pihak polis,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.
Semalam, Sulizmie Affendy dilaporkan berkata polis sedang menyiasat kejadian terbabit dan semakan mendapati tiada laporan diterima setakat ini.
Video tular berdurasi 23 saat itu menunjukkan beberapa lelaki terlibat dalam pergelutan dengan ada yang membaling topi keledar sambil disaksikan sekumpulan penunggang serta pembonceng motosikal.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
STL 2026: MELAKA TITANS BURU SEBANYAK MUNGKIN GELARAN
BANDARAYA MELAKA 12 Oktober – Melaka Titans mempertaruhkan gandingan pemain kebangsaan berpengalaman dan pemain import Thailand, Aekasit Naphom bagi memburu...
PPSPM SASAR 5,000 MURID SERTAI PAKEJ SEKOLAH MELAKA RIVER CRUISE
DUYONG 12 Oktober - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyasarkan sehingga 5,000 murid menyertai Pakej Sekolah Melaka River...
SUARA ANAK ASNAF JADI INPUT MAIM RANCANG KEPERLUAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 12 Oktober - Pandangan anak asnaf yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi menjadi antara input penting...
TOK RAIS BAWA SEMANGAT SAYANG RAKYAT KE DUN SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 12 Oktober - Kebajikan rakyat terus menjadi tumpuan Datuk Rais Yasin bagi mendekati penduduk, meninjau kehidupan mereka serta...
DARI HUTAN RUMBIA JADI DENAI RIADAH
AYER LIMAU 12 Oktober - Kawasan yang dahulunya dipenuhi hutan rumbia kini berubah wajah menjadi lokasi riadah dan rekreasi selepas...
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
