
TERTEKAN TUNANG MAHU BERPISAH DISYAKI PUNCA LELAKI DITEMUI TIDAK BERNYAWA
AYER KEROH 24 Jun – Tertekan gara-gara gadis pilihannya mahu memutuskan ikatan pertunangan dipercayai punca seorang lelaki ditemui maut di Pangsapuri Rakyat, Sungai Putat, di sini, petang semalam.
Mangsa, seorang tukang masak berusia 39 tahun ditemui tidak bernyawa di bilik utama rumah berkenaan kira-kira jam 5 petang semalam dan disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku pertengkaran di antara mangsa dengan tunangnya sebelum kejadian akibat cemburu.
Beliau berkata, akibat pertengkaran itu tunangnya telah masuk ke bilik kira-kira jam 4.30 petang dan 30 minit selepas itu menemui mangsa tidak sedarkan diri dalam bilik utama.
“Terkejut dengan kejadian itu, tunang mangsa kemudiannya meminta bantuan jirannya dan menghubungi pihak polis.
“Berdasarkan soal siasat awal, tunangnya memaklumkan mangsa berasa tertekan kerana dia mahu memutuskan pertunangan mereka,” katanya.
Christopher memaklumkan, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk tindakan selanjutnya dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RIDER MASJID TANAH BAKAL NIKMATI PENJIMATAN ‘SERVIS’ MOTOSIKAL LEBIH 50 PERATUS
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Lebih 600 penunggang e-hailing dan p-hailing dalam Parlimen Masjid Tanah bakal menikmati penjimatan kos penyelenggaraan...
PRN MELAKA: SENARAI CALON BN SUDAH LENGKAP, AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka sudah melengkapkan senarai nama calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggang p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
