Sorting by

×

ALUNAN SELAWAT ‘SUBURKAN’ BUMI MELAKA MALAM INI

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

PENGKALAN BATU 12 September – Bumi bertuah, Melaka bakal disuburi dengan alunan selawat malam ini menerusi penganjuran Melaka Berselawat ‘Membangun Ummah Madani’, hari ini.

Acara tahunan itu akan diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka Bukit Palah, bermula jam 7 petang bersempena sambutan Maulidur Rasul 1447H / 2025M.

Majlis agama itu bakal diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.

Turut bersama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama barisan kepimpinan negeri.

Fb img 1757640629997

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan disusuli bacaan Yasin dan tahlil oleh Imam Besar Masjid Al Azim dan solat Isyak.

Selepas itu, Melaka Berselawat 2025 bermula yang dipimpin Ahbabus Sham, Kumpulan Qasidah Hadra Melaka dan Syeikh Nabil dari Solo Indonesia, diikuti tausiah yang disampaikan pendakwah Indonesia, Habib Jindan bin Novel bin Salim bin Jindan.

Selain itu, turut diadakan penyampaian Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447H dan diakhiri dengan Mahalul Qiam serta jamuan makan berdulang bersama umat Islam yang hadir.

Umat Islam di negeri ini dijemput memeriahkan majlis ilmu ini dan siaran langsung juga akan turut diadakan di platform Facebook Kerajaan Negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta Jabatan Mufti Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

556
Kongsi :
Previous post MELAKA NEGERI SELAMAT, TINGKAT KEYAKINAN PELANCONG ASEAN
Next post DELEGASI ASEAN TERPESONA KEINDAHAN MELAKA