Sorting by

×

LEBIH 10,000 UMAT ISLAM ‘HIDUPKAN’ MELAKA BERSELAWAT

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

PENGKALAN BATU 12 September – Lebih 10,000 umat Islam berhimpun sempena Program Melaka Berselawat dan Majlis Penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka di Dataran Pusat Islam di sini malam tadi.

Kehadiran Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyerikan lagi sambutan tersebut.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman, barisan Exco, Timbalan Exco dan kenamaan lain.

Hadir sama, Tunku Besar Tampin, Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al Qadri; Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Md Azhan Samat.

Majlis turut dimeriahkan dengan Melaka Berselawat oleh kumpulan Ahbabus Sham, Kumpulan Qasidah Hadra Melaka dan Syeikh Nabil dari Solo, Indonesia.

Tausiah sempena Maulidur Rasul pula disampaikan oleh Pendakwah Indonesia, Habib Jindan Novel Salim Jindan.

Kemuncak acara pada majlis itu pula adalah penyampaian enam Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447H yang masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil dan plak penghargaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

373
Kongsi :
Previous post ‘KERETAPI SARONG’ GEGAR MELAKA ESOK
Next post TANJUNG BIDARA BERGEMA DENGAN SELAWAT DAN QASIDAH CINTA RASUL